Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 05, 2011

tanggungjawab seorang bapa !



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Jamek Kampung Parit Othman, Parit Sulong.

    AlhamduliLLah, dah lama sangat rasanya tak bersembahyang Jumaat kat kampung.. Masjid pun dah nampak makin cantik, dinding dah dipasang tile.. namun, suasana tenagnya maseh kekal mcm dulu lagi..

    Pak Khateb hari ni bercerita tentang tanggungjawab seorang bapa.. beliau macam tahu2 jer yg aku dah nak jadi "bapa" tak lama lagi...

    Pak Khatib kata, bilamana seorang lelaki berumahtangga, maka terpikul lah dibahunya tanggungjawab dan amanah.. menjadi ketua keluarga dan bapa kepada anak2nya... dan tanggungjawab kepada ibubapanya tak pernah hilang walaupun telah berumahtangga...



    beberapa point penting yang Pak Khatib sebutkan di mimbar tadi:...

    1) role model: bapa menjadi role model kepada anak2nya, nak menjadi role model yg baik, kena hebat luaran dan dalaman dimata anak2 kita...

    2) pendidik & murabbi: bukan suatu perkara yang mudah kerana untuk mendidik, seorang bapa pastinya wajib mempunyai ilmu pengetahuan.. tak tahu kena belajar bro..!!

    3) teman & sahabat: sekali sekala perlu menjadi teman dan kawan kepada anak2.. dengar dan fahami cerita mereka.. makan, main, berjalan2, biar macam kita dan kawan2.. dalam keakraban, ada santun yang kita ajarkan...



    aku berdoa untuk menjadi seorang "ayah" yang terbaik kepada anak2ku nanti.. doa ku begitu juga utk kalian yg sama membaca bingkisan ni...

    al-fatehah buat arwah abah: "Hj Saidi Bin Podo".. Abah terbaik dunia dan akhirat...

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...