tak tahu la mcm mana boleh dilantik jadi Guru Penasihat Kelab Rekrasi tahun ni, tapi seronok gak kelab ni sbb aktiviti2 yg dijalankan menepati cita rasa sebagai seorang guru yg aktif dan kreatif, hehe..
hari ni dari pagi sampai la ke petang hari kami berada kat Pantai Pengkalan Balak sbb jalankan program berkayak. seronok berkayak kat laut ni, bebeza dgn kita berkayak kat tasik ataupun sungai sbb kat laut kena melawan cabaran ombak, nak mula naik pun dah tergolek2, hehe..
ramai sebenarnya budak2 yg nak join, tp tempat terhad, InsyaALLah sem depan kita akan anjurkan lagi program ni sbb sambutan amat baik.. bak kata Pak Pandir: "berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian".. sesuai ke peribahasa ni ?..
lepas balik berkayak terus terbongkang atas katil sbb penat, muka plak panas kena sun burn.. ni la risiko menjadi seorang yg aktif. sampai jumpa di program akan datang..
No comments:
Post a Comment