Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label bingkisan khutbah. Show all posts
Showing posts with label bingkisan khutbah. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

bila siren polis berbunyi..



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka

    sempena sambutan Hari Polis Kebangsaan hari ni, mimbar mengajak para jemaahnya untuk bersama2 pihak polis mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa hari ini..

    Islam dah lama sentuh isu ni, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)


    dimana juga kita berada, tugas berat ni adalah tugas bersama.. bila anak didik kita melakukan kesalahan, ditangkap berkhalwat, tak tutup aurat, menghisap rokok, tak solat berjemaah di surau, datang lambat ke sekolah, janganlah hanya menuding jari ke para ustaz sahaja..

    celik hati dan tanya pada diri sendiri, apa tanggungjawab kita ??

    Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)


      Friday, February 11, 2011

      "Yang Terpuji" perlu diikuti..



        BismiLLah..
        Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka

        rasanya minggu ni, semua mimbar membicarakan topik yang sama bersempena sambuatan Maulidur Rasul 15 haribulan ni.. Kasih sayang dan cinta kita kepada seorang insan "Yang Terpuji".

        dan kasih sayang ni takda kaitan langsung dengan Hari Kekasih yg dah difatwakan haram menyambutnya bagi umat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ok.. semua dah maklum kan..

        Nabi bersabda yang bermaksud: "Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



        jika minggu lepas kita bincang pasal bapa yg menjadi role model kepada anak2nya.. dan kali ni kita nak jadikan insan "Yang Terpuji" ini sebagai role model dalam segenap perkara.

        kisah Baginda mashur sebagai pemimpin wibawa kepada umatnya, sebagai sahabat baik kepada teman2nya, suami tersayang buat isteri2nya, ayah terhebat pada anak2nya...

        mimbar meningatkan pd pendengarnya yg benar mencintai Baginda, agar tidak meninggalkan kedua2 amalan ni:
        pertama: sentiasa mengamalkan selawat buat Baginda..
        اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

        kedua:
        amalkanlah sunnah2 Baginda dalam amalan seharian, mula dari bangun tidur, sampai lah kita nak tidur semula...

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...