Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 27, 2011

bila siren polis berbunyi..



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka

    sempena sambutan Hari Polis Kebangsaan hari ni, mimbar mengajak para jemaahnya untuk bersama2 pihak polis mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa hari ini..

    Islam dah lama sentuh isu ni, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)


    dimana juga kita berada, tugas berat ni adalah tugas bersama.. bila anak didik kita melakukan kesalahan, ditangkap berkhalwat, tak tutup aurat, menghisap rokok, tak solat berjemaah di surau, datang lambat ke sekolah, janganlah hanya menuding jari ke para ustaz sahaja..

    celik hati dan tanya pada diri sendiri, apa tanggungjawab kita ??

    Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)


      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...