Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 30, 2010

jejak kasih: kopok lekor tanjung lumpur


    "ingat lagikah kawan2 pada kopok lekor sagu tanjung lumpur?."

    BismiLLah..

    lama sungguh la tak ke Kuantan ni, rasanya dah dekat 5 tahun tak ke sini semenjak balik dari Jordan 2005 lalu... Sekarang ni kerap gak la singgah ke Kuantan ni sbb orang rumah bertugas kat Kerteh, jadi Kuantan ni memang akan lalu punya...

    seharian kami jalan2 & pusing2 bandar Kuantan.. banyak sangat berubahnya.. tak macam dulu masa kami geng2 IKIP -Yarmouk duduk di Palm Court.. bila dah sampai sini, kami berdua tak lepas peluang gi beraya rumah Alias di Bukit Sekilau dan papa & mama angkat di Kuantan Port, macam jejak kaseh gitu...

    satu lagi ingatan yg pasti geng2 Ikip - Yarmouk tak kan lupa, ialah Kopok Lekor tepung sagu kat Tanjung Lumpur.. sampai tersesat2 kami berdua cari kedai makcik2 ni.. dan akhirnya, Kopok Lekor Tanjung Lumpur kami temui.. serius, rasa dia maseh sedappppppppppp macam dulu lagi...


    "amboi... makan tak ingat orang sebelah yer.."


    "teruja dapat jumpa kopok lekor tanjung lumpur ni lagi.."

      Thursday, September 23, 2010

      Ust Mohd Puad Md Lip

        BismiLLah..

        masa mula2 melapor diri di MRSM Terendak pada Mei 2006, Ust Puad adalah mentor untuk dijadikan tempat rujukan. keperibadiannya yang menggambarkan ketenangan dan ketelitiannya dalam kerja memang menunjukkan yang Ust Puad memang seorang guru yang berwibawa dan berdedikasi.

        walaupun jodoh kami tak panjang, sebab Ust Puad diarahkan berpindah ke MRSM Alor Gajah.. namun begitu, ukhwah kami tak pernah renggang sehinggalah Ust Puad dahpun bersara kini...

        dan malam tadi, kami wakil Unit Agama bergerak ke rumah Ust Puad untuk menziarahi beliau sempena bulan Aidilfitri mulia ni.. Ust semakin sehat sekarang dan Ust Puad boleh dihubungi kat wall facebooknya..


        "bergambar bersama Ust Puad di rumahnya ."


        "kami bersama2 berjuang untuk anak bangsa"

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...