Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, June 19, 2006

Nadwah Islamiah MRSM seMalaysia

    malam ni baru sampai dari Pulau Pinang sebab jadi guru pengiring ke Nadwah Islamiyah MRSM2 seMalaysia peringkat Kebangsaan kali ke-dua...

    banyak pengalaman baru bila kita berjumpa guru2 dan pelajar2 dari MRSM lain... seronok la macam ni, tahun depan kalau disuruh jadi guru pengiring lagi pun tak kisah... berikut adalah laporan ringkas, kita kongsi pengalaman ok..

    HARI PERTAMA:
    kami seramai 13 peserta (seorang guru) dari MRSM Terendak bergerak jam 7.00 pagi dengan menggunakan bas maktab, tp bila keluar jer dari perhentian lebuhraya seremban bas rosak, hampeh tul.. maybe ni ujian.. terpaksa la menumpang bas MRSM Serting yang kebetulan belum lalu lagi..

    tiba di MRSM Transkrian jam 6.30 petang... lepas mendaftar terus melepak kat bilik.. sebilik dengan ustaz2 dari MRSM Muar, Kuching dan Langkawi.. kira paling muda lah kat bilik tu.. malam ada taklimat program di dewan besar..

    HARI KEDUA:
    pagi explorace, kena jaga check point la plak... nasib baik ada budak2 dari Transkrian bantu.. kira ok la, bila budak2 ni tak dapat jawab jer kena denda... nak denda apa ni? last2 suruh nyanyi lagu negeri jer, lagi pun tak pernah dengar lagu negeri2 lain ni, macam Sarawak, Kedah, Perlis....

    petang pertandingan tulisan khat dan Islamic art pun bermula... tapi semua kami tak menang... takda rezki laaa. baru kenal dengan ustaz dari MRSM Kuala Terengganu, Ustaz Jaamat.. dia ni pun baru posting gak, adalah member borak lepas ni...

    kena jaga check point untuk program explorace..budak2 ni tengah sibuk memikirkan soalan yg diberi..
    pembantu yang memang banyak membantu..bersama kenalan baru, Utz Ja'amat dari MRSM K.Terengganu....
    kumpulan dari MRSM Terendak bersungguh2 dalam explorace..peserta tulisan khat dan Islamic art....

    HARI KETIGA:
    pagi lagi dah kena keluar untuk Program Khidmat Bimbingan.. pelajar2 MRSM ni kena bagi motivasi kepada adik2 darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR... MRSM Terendak bergabung dengan MRSM Jeli untuk ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang, Perak...

    petang pertandingan nasyid saringan perempuan.. best jugak budak2 ni buat persembahan, tapi tewas jugak dan terus tak dapat masuk peringkat akhir..

    malam ada forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Basiron Bin Lat (ustaz ni baru jer bersara dari MRSM Terendak)...

    pelaja2 berkumpul sebelum diagihkan ke sekolah2 rendah sekitar MRSM Transkrian..kelas pertama bersama abang2 dan kakak2 dari MRSM Terendak..
    kelas kedua bersama abang2 dan kakak2 dari MRSM Terendak..guru pengiring pun kena pantau jugak apa aktiviti yg budak2 ni buat....
    menerima cenderamata dari Guru Besar Sek Keb Tanjung Piandang..member baru, Utz Hairurazip dari MRSM Jeli, Kelantan....
    kumpulan nasyid pompuan sdg membuat persembahan..diapit gadis2 nasyid, hehehe....

    HARI KEEMPAT:
    pagi Majlis perasmian penutup Nadwah yang disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Brig Jen. (B)... petang pertadingan nasyid saringan lelaki.. tapi kumpulan lelaki ni pun terima nasib yang sama, tak dapat masuk akhir jugak... maknanya takda satu pun acara yang dimenangi tahun ni..

    malam pertandingan Nasyid peringkat akhir, dan yang menang MRSM Kuala Terengganu, bangga gila si Ja'amat tu,...

    dewan yang serba indah..bergambar dengan budak2 ni lepas abis majlis perasmian..
    budak2 nasyid Terndak yang bergaya sungguh..bersama kumpulan nasyid dari MRSM TGB, Jasin....
    masa budak2 nasyid buat persembahan..bersama ustaz2 senior, banyak pengalaman dia orang ni....

    HARI KELIMA:
    Pagi Majlis Widak... kejap jer dah 5 hari kat sini, pastinya kenangan pertama menjadi guru pengiring ni tak kan dilupa sampai bila2...

    petang gerak balik naik bas Terendak, bas dah elok dah... Peserta dari MRSM Tun Gafar Baba, Jasin tumpang kita orang... sampai Terendak magrib......


    di Majlis Widak, hari terakhir nadwah..peserta2 dari MRSM Terendak..
    bergambar kenangan bersama students dari Jeli..peserta nadwah dari Kuala Terengganu....

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...