bermula dari 21 Jun hingga 26 Jun 2006. Kejohanan diadakan di Stadium hang Jebat Melaka manakala penginapan adalah di asrama maktab. berikut laporan ringkas aktiviti diri sendiri sepanjang kejohanan berlangsung..
21 Jun 2006:
pelajar2 diberi cuti istimewa selama seminggu, hanya yang terlibat sebagai peserta dan sukarelawan jer yang tinggal, tapi cikgu semua kena kerja macam biasa, takda cuti plak.....
22 Jun 2006:
Pengetua suruh gi KLIA untuk sambut ketibaan kontinjen dari MRSM Kota Kinabalu.. bertolak jam 11pg dan tiba semula ke Terendak jam 4 ptg.. letih woo.....
23 Jun 2006:
menghadiri raptai majlis perasmiaan pembukaan pada jam 5 ptg, .....
24 Jun 2006:
waktu siang sebahagiaan pertandingan berlangsung, terpaksa la duduk kat tepi padang sebab jadi AJK Teknikal, banyak jugak kerja nak buat, nasib baik budak2 sukarelawan ada, ringan sikit kerja, tanks to you all... malamnya barulah majlis perasmian sebenar berlangsung, grand jugak lah, ada perbarisan lintas hormat, persaembahan pancaragam dan persembahan payung terjun... tetamu VIP yang datang malam ni ialah Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rostam...
25 Jun 2006:
8pg sampai 5ptg pelbagai pertandingan berlangsung.. malam ditugaskan sebagai MC untuk Majlis Makan malam sempena kejohanan ni, makan dia memang best, bertambah best bila MC dapapt duduk kat meja VVIP, udang besar2... meriah jugak malam ni, siap ada live band dari REJ 9 PARA (tentera)...
26 Jun 2006:
olahraga berlangsung hingga jam 4 ptg, lepastu Majlis Penutup berlangsung, maka tamatlah sudah KEJORA, bestnya... malam bawak kontinjen dr Kuching dan Kota Kinabalu round2 dan shoping kat sekitar bandar melaka... TAMAT.......
No comments:
Post a Comment