Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 04, 2007

nak pakai jugak ker?

    BismiLLah..
    rasanya dah lebih dua minggu ada kat Bangi ni.. nak ceritalah, kat sini ada satu trend baru bagi cikgu2 lelaki ni yang rasanya janggal di pandang, walaupun benda ni nampak macam kecik, tapi kalau sampai ada ustaz2 pun yg terikut2, susah benda ni nak dijelaskan...

    trend memakai "gelang megnatik" dengan alasan "perubatan".. boleh terima ker? gelang lebih kurang macam banggel yg selalu budak2 laki pakai tu, dan ada yang bentuknya nak sama dengan tali jam besi, dia orang kata benda ni dah jadi uruf kat malaysia.. tapi ustaz, sebelum benda ni jadi uruf mesti orang yg memulakannya dulu dianggap melakukan benda yang ghorib (pelik), tak gitu??



    nak berhujah lebih2 pun dia orang ni ustaz2 jugak, ada yang balik Mesir, dan ada yang pernah kerja pegawai kat (JAWI) Jbtn Ag Islam Wilayah... susah nak berhujah dengan orang yang "belajar agama" ni, masing2 ilmu penuh di dada.. senang macam ni lah, cuba kita lihat dulu hadis kat bawah ni:-

    Hadis Nabi yang sohih - 885 Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya:
    daripada Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan: "Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), lelaki itu berkata: "ia adalah gelang perubatan".Tegas Baginda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada dirimu, jika sekiranya kamu mati dan gelang itu ada pada dirimu, maka kamu tidak akan (selamat) berjaya selama-lamanya"
    Hadis ni dah jelaskan, bukan tembaga atau megnatik yg dipersoalkan, tapi lelaki memang tidak dibenarkan memakai gelang walaupun dengan tujuan perubatan... tapi kalau orang yg memang nak kata boleh pakai, macam2 la hujah diaorang akan bagi.. kat hospital kenapa doktor suruh pakai gelang? orang pergi Mekah kenapa Tabung Haji suruh pakai gelang besi?? pakai jam tu tak sama macam pakai gelang ker? hadis ni betul2 hadis sohih ker??

    semak dan kaji dulu kalau nak kata hadis ni sohih ataupun tak? tapi kita kena ingat betul2 bahawa Imam2 dan ulama' hadis ni bukan suka2 jer nak iktibarkan sesuatu hadis tu sebagai hadis sohih di kitab mereka tanpa usul periksa.. terpulang lah pada kita sekarang, masing2 ada ilmu, dan kita ustaz2 ni jadi rujukan masyarakat.. berijtihadlah, kerana pintu ijtihad sentiasa terbuka, tapi apa rujukan utama kita untuk berijtihad? adakah terus kepada uruf semata2 tampa merujuk sumber yang utama?.. wAllahua'lam......

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...