Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 20, 2007

salam aidiladha

    BismiLLah..

    Selamat hari raya haji buat semua, semarakkan lah takbir, Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

    masa dengar khutbah raya, khatib ada menyebut bahawa kita perlu lakukan banyak pengorbanan, pengorbanan ni plak bukan dari sudut harta benda sahaja, tapi termasuklah masa dan nyawa juga..

    Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga berfirman, ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

    terdetik untuk bertanya pada diri sendiri, berapa banyak umur yg kita dah korbankan untuk bantu berdakwah di jalan Allah? berapa banyak masa dalam sehari tlh kita korbankan untuk membuat kebaikkan dalam agama? dan berapa banyak pula wang ringgit yg sudah kita dah korbankan utk bersedekah kepada yg memerlukan? jawapannya: terlalu dan terlalu sedikit, masyaAllah...

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...