dari semalam sampailah hari ni, Jabatan Sains Sosial buat Kem Kecemerlangan utk budak2 PMR 2009 kat Komples Falak Al-Khawarizmi. tempat ni mmg best dan selesa, selain fasilitis yang baik, suasana nyaman tepi laut begitu mengghiurkan..
TREASURE HUNT AGAMA ISLAM
untuk subjek agama, kami buat treasure hunt, bagi budak2 penat sampai nak mati, haha.. padan muka korang, ingat subjek agama cuma duduk kat surau jer ker, bila kita buat mcm ni baru korang rasakan yg sebenarnya agama ni mencakupi pelbagai aspek, kecerdasan fizikal dan mental.. sapa2 yg nak tahu mcm mana kami buat treasure hunt, ni sila la buat lawatan ke terendak yer..
QIAMULAIL DE PANTAI
sepanjang menguruskan kem budak2 ni, rasanya ni la kali pertama buat qiamulail kat atas pasir di tepi pantai.. buat satu kelainan yg pastinya menghidupkan suasana pagi hening sunyi utk lebih rasa dekat pada yg Maha Esa.. terima kasih gak buat cikgu2 lain yg sama2 join program pagi ni.
Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi S.A.W itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" baginda lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)..
Dari Abu Umamah ra, dari Nabi saw sabdanya :"Sesiapa yang pergi ke tempat tidurnya dalam keadaan suci sambil berzikir kepada Allah sehingga dilenakan oleh mengantuk (sehingga tertidur), maka apabila dia terjaga pada suatu ketika daripada waktu malam, lalu memohon daripada Allah sesuatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya apa yang dipintanya.” (Riwayat at-Tirmizi)...
No comments:
Post a Comment