
BismiLLah..
Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka
sempena sambutan Hari Polis Kebangsaan hari ni, mimbar mengajak para jemaahnya untuk bersama2 pihak polis mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa hari ini..

dimana juga kita berada, tugas berat ni adalah tugas bersama.. bila anak didik kita melakukan kesalahan, ditangkap berkhalwat, tak tutup aurat, menghisap rokok, tak solat berjemaah di surau, datang lambat ke sekolah, janganlah hanya menuding jari ke para ustaz sahaja..
celik hati dan tanya pada diri sendiri, apa tanggungjawab kita ??
Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)
