Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 04, 2006

PTD

    tadi dapat surat dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), dapat tawaran untuk menduduki peperiksaan bagi menjawat jawatan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik)..

    PTD ni adalah jawatan yang diimpikan kebanyakan graduan, rasanya jawatan pegawai yang tertinggi dalam kerajaan.. tapi nak dapat bukannya senang, dari 16 rbu yang memohon, hanya lebih kurang 5 ribu jer yang dipanggil untuk ambik periksa ni (tak tahu lah fakta ni betul ataupun tak).. tapi dengarnya periksa dia susah gila bangkong..

    banyak plak tu nak ditanya, dlm surat tu ada disenaraikan perkara2nya..
    pertama: pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling - 60 soalan
    kedua: daya menyelesaikan masaalah (kemahiran logik, menginterpretasi data, dan konsep matematik) - 40 soalan
    ketiga: pengertian dan kefahaman esei Bahasa Melayu dan Inggeris - 20 soalan
    keempat: esei bahasa melayu - 500 perkataan
    kelima: esei bahasa inggeris - 300 perkataan (ni lah bab yang paling lemah...)
    keenam: sahsiah diri - 136 soalan
    ketujuh: sahsiah pegawai tadbir - 100 soalan....

    macam malas plak nak pergi bila memikirkan kena buat esei BI tu, silap2 soalan pun tak paham.. inilah padahnya bila dulu masa sekolah tanak belajar BI betul2.. tengok lah nanti macam mana, kalau tak pergi rugi plak rasa.. bila tanya pendapat abang, dia kata jawatan ni susah orang nak dapat, dah kena panggil untuk duduki peperiksaan tu dah kira bersyukur patutnya sbb terpilih.. abis nak pergi ke tak ni????

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...