hujung minggu semalam turun JB, ada jemputan kawin member lama masa kat Maahad Pontian dulu, Azehar nama dia.. kat maahad kita orang panggil dia "mama"... sebenarnya lama sangat dah kita orang tak berhubung, tak tahu mcm mana ntah kta orang boleh berhubung semula...
bila dia jemput datang kenduri kawin, teruja plak nak pergi.. dan kebetulan Rahman Darom pun nak pergi.. kita orang jumpa kat JB jer ar.. Ijam tak dapat pergi sbb mak dia kena tahan wad, sama2 la kita doakan mak Ijam cepat sembuh..
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."
Buat Mama & Papa (yang mana Mama sebenarnya?).. semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu...
No comments:
Post a Comment