minggu ni tak dapat balik kampung sbb kena uruskan kem kecemerlangan anjuran Jabatan Sains Sosial untuk pelajar2 form 5 yg diadakan kat Tropical Fruit Farm Sg. Udang Melaka.. seronok budak2 ni dapat keluar dari maktab, hirup suasana baru seketika....
kena pegang Jawatankuasa Disiplin Pelajar, Alhamdulillah semua berjalan baik, bdk2 pun takda buat hal, cuma bising2 sikit jer, tu perkara biasa... dan untuk pengisian slot Agama, kami dedahkan bdk2 ni dgn teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Islam.. mudah2an kami semua dapat manfaatnya..
sebelum balik, sempat ziarah haiwan2 ternakan yg ada kat tman ni, macam tak terbela jee binatang2 ni..
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.
Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ – seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”.
No comments:
Post a Comment