BismiLLah..
takda hasrat pun nak mengomen tentang apa yg berlaku di Permatang Pauh, rasanya korang dah terlebih maklum dgn maklumat2 yg diperoleh dari pelbagai cabang media, betul kan...
cuma tertarik nak citer apa yg berlaku malam tadi... lepas prep malam, ada ar beberapa org budak laki form 5 datang jumpa, tanya siapa yang menang pilihan raya? bila cakap Anwar menang ada beberapa reaksi yg dapat dilihat..
pelajar 1: "yessss!! hidup PKR".. sambil buat gaya genggam tangan..
pelajar 2: "takbir !!"
pelajar 3: "kan aku dah cakap, Anwar menang punya.."..
pelajar 4: "padan muka BN.."
pelajar 5: "dah agak dah..."..
daripada dialog2 ni, apa sebenarnya yg dapat dilihat dari mata kasar seorang guru? mmm, walaupun bukan sekarang waktunya utk mereka berpolitik, namun fikrah yang budak2 pandai ni tunjukkan dah memberi seribu harapan, kerana merekalah yg akan membangun negara akan datang..
kalau budak2 yg baru nak SPM ni dah tahu membezakan mana dia jalan perjuangan, kenapa kita yg dah tua bangka ni masih tanak bukak mata?...
No comments:
Post a Comment