Balik je dari Ganu, terus packing barang untuk ke Kursus Pemantapan Proses Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Islam MRSM Zon Selatan kat Port Dickson..
memang terkejar2 dgn masa, sbb ptg tadi sampai dari Ganu dalam pukul 4 ptg, pastu nak kena chek in sebelum jam 3 ptg.. nasib baik la penyelaras boleh bertolak ansur sikit, maghrib baru chek in dan slot ptg tadi dah terlepas.. huhu..
sepanjang 3 hari kami kat sini, mcm ilmu yg kami dapat dari penceramah2 hebat dari UKM, UTEM dan ILHAM sendiri.. paling best mesti la bab makan, kejap2 dah makan, mana tak best yer tak?... time kursus mcm ni la dapat kenal ustaz2 dan ustazah lain yg mengajar kat MRSM lain, tukar2 ilmu dan pandangan, bantuan dan juga harapan..
last nak kongsi, buat semua teman2 warga pendidik sekelian... ikhlas la dgn kerja yg kita lakukan skrg, insyaALLah ada balasan kebahagiaan yg akan datang masa kita hidup ni ataupun setelah kita mati nanti..
Di dalam buku hadis 40 umpamanya, imam Nawawi meletakkan hadis ikhlas sebagai hadis yang pertama kerana pentingnya keikhlasan dalam amal ibadat sebelum ia diterima.
Umar bin Abd Aziz pernah berkata: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia lebih membawa keburukan dari kebaikan" (Sirah dan Manaqib Umar bin Abd Aziz - Karangan Ibn Al Jauzi)
Sabda rasullulah s.aw: "Seorang yang faqih (faham) lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu ahli abid" (At Tirmizi) ...
No comments:
Post a Comment