Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 05, 2009

harapan daripada yuran

    BismiLLah..
    pagi ni budak2 mula mendaftar, dan dah beberapa tahun ni, memang bila time waktu pendaftaran, kena jaga kaunter MUAFAKAT, kutip duit yuran dari mak ayah budak2...

    buat anak2 didik ku, bukan sikit wang yg dikeluarkan utk bayaran yuran ni, mcm2 kena bayar, hampir RM500 lebih bagi setiap sorang, tu ta termasuk duit buku2 latihan lagi.. ustaz dapat lihat pelbagai riak wajah bilamana mak ayah awak menghitung duit kat depan ust masa proses pembayaran tu, ada satu harapan yg mereka inginkan..

    tidak sama sekali duit yuran tu perlu di bayar balik kat mak ayah, ia bukan pinjaman, ia bukan hutang, tapi satu harapan agar ianya dibayar dgn kejayaan. berusahlah, hanya dgn kecemerlangan yg pasti akan membuatkan hati mak ayah gembira di atas penat lelah pengorbanan...

    di kauter kutipan yuran..

    berusahalah hingga berjaya..

    Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadis sahih yang maksudnya:
    “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Quran” (Riwayat Al-Hakin dan Ad-Dailami)

    Sabda Nabi saw:
    "Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."

    Sabda Nabi:
    "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."

      1 comment:

      Ontahapo said...

      http://www.islamway.com/gaza/

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...