Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 21, 2009

cendol dan karipap

    BismiLLah..
    hujung minggu ni ada kat JB sbb hantar mak gi buat pemeriksaan kat HSA.. mak kena tahan kat wad satu malam sbb buat pembedahan kecil..dan AlhamduliLLah mak sekarang dah sehat dan boleh beraktivti mcm dulu lagi, kalau tak sebelum ni mak akan tak sedar diri bila lambat makan sikit..

    ingatkan nak jumpa Sahrin dan Ijam, tapi masing2 ada urusan.. kebetulan abang Ijam baru jer eksiden, dan dia ada kat Kulai time tu..

    lepas semayang jumaat kat Masjid Abu Bakar, nak terus tengok mak kat wad, tapi waktu melawat lambat lagi, tu yang duduk lepak2 kat depan masjid.. terasa mcm nak minum cendol dan ternampak plak orang jua karipap. besar betul karipap tu, tapi mahal gila, ada ker makcik tu jual satu seringgit..

    lepas habis minum cendol dan makan karipap yg mahal tu, baru terperasan yg si penjual cendol tu rupanya mualaf yang kawin dgn melayu dan makcik jual karipap tu ada anak yang cacat dalam kete kancil dia.. ni la namanya kehidupan..

    kalau hari ni kita susah dan tak sehat, pastinya ada lagi insan2 yg lebih sengsara dan derita.. dan kalau hari ni kita senang dan gembira, jangan dilupa yang tak punya apa...

    kat depan mesjid Abu Bakar..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...