terbit je matahari hari ke-dua, kami terus keluar hotel untuk mencari kereta sewa dan tourist guard.. di depan hotel kami bertemu dgn Mr Dana dan kereta avanzanya yg sanggup membawa kami berjalan selama 14 jam dgn bayaran yg cukup berpatutan..
DESTINASI 1: PASAR SENI SUKAWATI
Sukawati adalah sebuah pasar utk membeli pelbagai cenderamata kenang2an.. ingat, kena pandai tawar menawar mcm Ust Sharil.. dia menawar sampai orang kedai tu menangis.. hehe.. banyak jer tempat jual cenderamata kat Bali ni, tp dari pengalaman kami, di pasar seni ni lah yg paling murah..
"bersama pakar tawar menawar Syeh Sharil di Sukawati"
"nampak tak patung2 tu, ini pemandangan biasa di Bali"
DESTINASI 2: BATUBULAN
di Batubulan kita akan melihat persembahan tarian barongan dan keris mengikut kepercayaan hindu masyarakat Bali.. mcm karut jer, tp inilah tradisi yg menjadi keagungan di Bali..
"benda berbulu tebal tu lah yg dipanggil barongan"
DESTINASI 3: UBUD
ubud ni plak adalah kawasan yg dipenuhi dgn hasil kerja kerajinan penduduk Bali.. kat sini ada Desa Dewa Putu yg menempatkan hasil art & design, ada Desa Celuk yg menghasilkan barangan emas dan perak, dan ada juga desa2 yg mengeluarkan produk ukiran kayu dan batu..
"melihat sendiri barangan perak sedang dihasilkan"
"Ust Sharil setelah berjaya menawar cincin perak tulen, hebattt"
"di hadapan pusat kerajinan art & desgn"
DESTINASI 4: TEGALALANG
cantik sungguh pemandangan terasering sawah padi bukit kat Tegalalang ni.. berhati2 sbb ramai penjual jalanan menjual barangan kat sini, jangan termakan pujuk rayu diaorang yer.. tp kalau nak beli juga, jangan lupa utk menawar harga..
"terpesona dgn keindahan sawah padi bukit"
"amat cantik kan.."
bersambung di siri 5.. nantikan..
4 comments:
ust
gmbr 2 x de ke?
gambar apa fidot?
ust dah buat icon link ke blog awk..
suka tak?
ust nmpk tough!
haha~
kelihatan je..
x btol pown kan??
hehe~
awk tengok gambar mmg ar nampak jer..
tp kalau betul2, mmg tough kan..he2
Post a Comment