petang Sabtu tiba di Hutan rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri 9.. rupanya bukan bagi tazkirah, kena bagi ceramah pengisian malam la pulak, tajuk "Kepimpinan Rasulullah dan Para Sahabat".. apa lah budak2 ni, kalau yer pun bagi tahu lah awal2, tak lah gabrah sangat.. tapi boleh jer, no hal lah...
nasib baik la ceramah tu dimulakan lewat sikit sbb budak2 nak buat aktiviti night walk dulu, sempat jugak la karang isi... (takda gambar masa ni sebab kamera tertinggal dalam beg), tengah berceramah baru teringat sebab ada budak yang ambik gambar.. kira glamour jugak la ni, hehehe
sebenarnya budak2 ni jemput melalui En. Zaimin, bekas pensyarah dia orang (sekarang bertugas kat kolej komuniti gak).. walaupun mereka ni bukan belajar dalam bidang agama, tapi fikrah mereka untuk agama tetap ada, baguskan macam ni...
siangnya budak2 ni buat aktiviti LDK, sambil dia orang buat aktiviti, kita orang mandi air terjun, seronok wooooo......
No comments:
Post a Comment