Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 03, 2006

temuduga MARA

    hari ni terpaksa ambik cuti lagi sbb nak hadiri temuduga kat MARA jam 8.30 pagi.. bertolak dari Melaka dgn tranasional jam 5.00 pagi.. sembahyang subuh kat surau plaza tol sungai buluh..

    Sahrin dan Azlan pun ada rupanya... kira susah jugak la temuduganya, siap ada 2 sesi... sesi pertama temuduga lisan, dan sesi kedua dia orang nak tengok cara kita mengajar... iyer lah, dah tentu temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, mestilah dia orang nak tengok cara2 kita mengajar kan...

    ramai jugak persaingannya, semua hebat2 belaka.. ramai dari Kelantan dan Terengganu.. tak tahulah dapat ke tidak, sebab masa temuduga lisan tu agak susah jugak... macam2 benda ditanya...

    minggu depan ada lagi satu group untuk ditemuduga, dengarnya nama Hazwan ada untuk sesi temuduga tu.. tak tahu sapa lagi yang dipanggil.. mudah2an lah semua dapat, sama2lah kita berdoa yer...
    ..

    bergambar dengan Lan Tel di bawah Ibu Pejabat MARA lepas habis temudugani plak si Sarin yg sentiasa bergaya dengan beg narutonya walau dimana berada..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...