Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 29, 2006

tulisan khat

    tadi hantar students ke pertandingan khat di Multimedia University, Melaka.... sempena Karnival Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar University tu...

    daripada tercangok tunggu budak ni, lebih baik daftar nama jugak lah, paling kurang boleh dapat sijil nanti.. hehehe memang buat pakai cincai jer, tak cantik langsung, budak2 ni buat lagi cantik, siap bewarna2 border khat yang dia orang buat tu.. (kalau Akmal tengok hasil karya tu mesti dia gelak tergolek2 punya..)

    tapi sungguh tak disangka, bila keputusan diumumkan untuk kategori lelaki, dapat nombor 2, hahahaha, mati budak2 ni tak puas hati, dia orang kata tak aci ustaz punya menang, hahahaha, padan korang.... (mesti Akmal tergolek sekali lagi sbb terperanjat)...

    tak sangka ada jugak budak2 kolej niyang boleh tulis khat, tahniah buat students untuk kategori pompuan yang dapat no 2 dan 3.. untuk budak2 yang kalah tu, janganlah korang putus asa, cuba lagi akan datang yer, lepas ni ustaz tak masuk dah, hehehe...


    ni kat dalam dewan peperiksaan MMU, tempat pertandingan khat dijalankansedang menulis khat, walhal tak reti sangat seni khat ni..
    bergambar dengan sebahagian budak kolej yang sama2 menyertai pertandingan ni..ni lah hasil karya yang ditampal setelah berjaya mendapat tempak kedua... heheheh..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...