BismiLLah...
memang tujuan asal ke Terengganu hujung minggu ni adalah untuk membuat lawatan ke IMTIAZ Kuala Berang, sebagai membalas lawatan mereka ke MRSM Terendak beberapa bulan yg lalu.. kami tertarik dengan program hafazan yg dilaksanakan kat sini, kalau jiwa pelajar dah ada al-quran, insyaALLah budak2 ni takda la buat hal dalam akademik mahupun disiplin kat sekolah..
harapan dapat jumpa dgn Marini dan Norli, tapi masing2 takda.. Norli dah over due utk bersalin, dan AlhamduliLLah dah selamat bersalin dan dapat baby girl.. Marini plak MC hari tu, ingatkan nak buat suprise kat dia orang ni, sekali tu tak menjadi laa..
utk pengetahuan, bila Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi MARA yg baru, MRSM Kota Putra akan ditukar sistem menjadi perintis kepada MRSM Ulul Albab untuk melahirkan generasi yg menghafal Quran tetapi bermindakan sains.. mudah2an usaha ni dapat diteruskan ke seluruh MRSM..
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"..
Sabda baginda s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi...
1 comment:
Slm alaik..
slmt maju maju jaya pada usaha murni yang ingin dijalankan. Moga bertambah lebar lagi keluaran 'imtiaz' yang mampu menyumbang bakti di seluruh muka bumi ni isyaAllah.
Post a Comment