BismiLLah..
tak tahu nak buat apa hari ni, tengah boring2 ni tetiba Irawan ajak jalan-jalan gi Mahkota Parade... jom lah, lagi pun takda buat apa ni, leh la cari hadiah sekali untuk mak, kan nak sambut hari ibu..
memang la kita kena sayang kat mak hari2, dalam Islam pun takda istilah hari ibu ni, dan ada ulama' yang meletakkan hukum haram menyambut hari ibu berdasarkan sejarah kewujudan sambutan ni..
tapi hari ni, kita bukan la mengagungkan dewa atau simbol agama tertentu, tetapi ianya untuk memperingati semua insan yang bergelar ibu dan nak menghargai pengorbanan mak kita..
tak kira la apa hujah yang diberikan, hadiah dah pun dibeli, iaitu sebuah mesin pengurut kaki yang begitu selesa digunakan terutama untuk mak2 kita yg selalu lenguh2 dan kebas2 kaki.. semahal mana pun hadiah kita bagi, tapi ianya tetap tak dapat balas kasih sayang dan pengorbanan mak..
tony tak dapat nak urut kaki mak bila kaki mak lenguh, tony memang tak mampu picit kaki mak sebelum mak tidur sbb tony duduk jauh. tapi percayalah, tony nak sangat picit kaki mak sampai mak tidur lena malam ni...
Thursday, May 14, 2009
hadiah buat mak
Labels:
famili bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment