Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 15, 2009

sambutan hari guru 2009

    BismiLLah..
    dari petang semalam kami dah mula meraikan sambutan Hari Guru. semalam ada sukaneka dan juga permainan, seronok gak.. tapi tewas pula dalam acara perut keroncong, ada ker budak2 ni paksa cikgu2 dia makan banyak, tak patut betul..

    tahun depan jangan la korang suruh kami makan donat ngan tembikai ni lagi, bagi makanan yang best sikit, mcm ayam kfc ker, pizza pun ok, apatah lagi kalau mee bandung muar, mesti lag terhibur..

    SAMBUTAN HARI GURU..

    Macam biasa la, tiap tahun mmg maktab buat majlis ni, cuma tahun ni kita buat awal sehari sbb esok kan cuti.. lagi pun minggu depan dah start final exam, tanak ganggu masa budak2 ni study..
    kita orang cikgu2 laki tak lepas peluang buat persembahan, kalau tahun lepas kami berlakon, tahun ni kami menyanyi nasyid plak, lagu suci sekeping hati.. maklum la baru berlatih mlm tadi, tu yg peaching lari, suara tergelincir.. tapi takpa, cikgu2 ni memang sporting, best ada team mcm ni..

    sebelum masuk ke dewan..

    semangat nyanyi lagu guru malaysia..

    buat persembahan nasyid..

    DAPAT 2 AWARD & HADIAH..

    sampai sekarang sebenarnya masih tak leh nak terima lagi apabila di nobatkan sebagai "guru paling lucu".. apa, budak2 ingat ustaz dia orang ni badut sarkis ker? hampeh tul.. tapi award yg satu lagi tu mmg best "GURU PALING POPULAR".. hehe, harap cikgu2 lain tak jeles ok.. tapi apa ada pada pupolariti, yg penting kerja yg kita buat tu betul2 ikhlas..

    tima kasih buat semua yang bagi hadiah, ALLah jer yg dapat balas semua kebaikan tu, terima kasih daun keladi, lain kali bagi banyak lagi.. hehe..

    TERHARU DGN KEHADIRAN 3 GADIS AYU..

    buat mantan anak2 homeroom, Yati, Shiera dan Azar yg sudi ziarah ustat sempena hari guru ni, tima kasih banyak2.. walaupun perkenalan kita begitu singkat, cuma 2 tahun jer, tapi ust tak penah jadikan benda tu halangan untuk terus dekat mengenali korang..

    sori la sbb cuma dapat bekalkan kerepek jer kat korang, nak belanja makan pun tak sempat.. tapi lain kali InsyaALLah kita rancang baik lagi. teringin nak kenalkan korang kat adik2 homeroom yg baru....

    bergambar dgn yati dan shiera..

    antara hadiah yg dapat hari ni..

      2 comments:

      Fadzleen Jimmy said...

      salam.
      tahniah ustaz!
      ustaz mmg pelawak kami!
      serious ustaz!
      pencerie mktb!

      Tony Saidi said...

      salam lili..
      tak baik jer ko samakan ustat dgn badut...
      hampeh tul..
      bila masa la ust jadi pelawak plak..
      kan ust ni cikgu..

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...