Tahun ni Kelab Guru MRSM Terendak menganjurkan aktiviti cuti2 Malaysia, dan kali ni kami semua ke Langkawi dr 19 sampai la 21 November.. rombongan seramai 48 orang guru ni di sponser tiket kapal terbang oleh pihak maktab sebagai hadiah kecemerlangan PMR dua tahun berturut2.. tiket jer, makan minum, bas, dan penginapan kena bayar sendiri.. kira ok la tu kan, ni la 1st time menjejakkan kaki ke bumi Mahsuri..
BAB I : AIR ASIA..
bertolak dari maktab jam 8.30 pagi selepas melepaskan calon2 SPM paper Pendidikan Islam masuk ke Dewan exam.. lepas tu berlepas dari LCCT menaiki Air Asia terus ke Langkawi.. sampai sana terus ke MRSM Langkawi sbb kami menginap kat situ.. walaupun letih, mlm ni kami ronda2 ke Pekan Kuah, servey barang2 yg boleh dibeli utk dibawa balik nnti...
BAB II : MINYAK GAMAT & KETE KEBEL..
pagi ni kami ada taklimat dengan MRSM Langkawi, maklum la, tahun lepas SPM kat sini yg terbaik seluruh MRSM seMalaysia.. habis jer taklimat kami pun mula la merayap ke beberapa tempat, antaranya warung minyak gamat dan pengalaman yg paling best ialah dapat naik kete kebel. walaupun pernah naik masa kat Lubnan dulu, tapi yg kat sini lagi tinggi dan menyeronokkan.. jumpa lg dalam siri 2...
No comments:
Post a Comment