BismiLLah..
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua, mudah2an inilah Ramadhan paling bermakna bagi hidup kita, manalah tahu tahun depan menyambut Ramadhan tak sebagai orang bujang lagi.. hehe
ok, kali ni giliran anak Iemah Hambali dan Ust Zaidy plak kita kenalkan.. namanya Habiburrahman Auf bin Muhammad Zaidy. lahir pada 3/7/09 yg lalu dgn berat 2.95 kg jam 4.58 petang.. tima kaseh Iem sudi kongsi ngan kawan2 kat sini..
tahniah Iem dan Ust Zaidy atas kelahiran permata hati sulong ni.. seronok bila komuniti kita makin ramai.. lepas ni kalau jadi la re-union ikip yarmouk tu (Ijam sebagai pengerusi.. semua sokong yer.) mesti meriah riuh rendah.. bestnya..
Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”. Riwayat Bukhari & Muslim
No comments:
Post a Comment