ptg tadi mmg set masa utk ziarah atok kat rumah dia di Sri medan.. gerak dari kampung dgn Ust Ajim, sambil borak tentang memori lama kat maahad dulu..
SIAPA ATOK ?
kami bersama semenjak di Maahad Pontian, serumah dgn Atok masa amik SPM di rumah ADO, pastu masa amik SMA serumah lagi ngan Atok kat Lorong Setia..
di Maahad Johor, kami adalah rakan seangkatan calon STAM pertama, dan berpisah bila maseng2 meneruskan haluan mencari gulungan Ijazah di universiti..
namun kami selalu berhubungan, dan kalau ada majlis kawin kawan2, pasti jumpa dgn Atok ni.. dulu berkaki dua, tapi hari ni hilang sudah yang sebelah kiri..
sedeh tul bila mula2 jumpa dia tadi, dari wajahnya kami lihat, atok mengharapkan harapan dan sokongan kawan2.. bayang kalau benda ni berlaku kat kita!!!
8 TAHUN TAK JUMPA..
lama betul kita tak jumpa kan Nuar, bila kira2 tadi dekat 8 tahun tak pernah jumpa, gila lama... tapi AlhamduliLLah, hari ni kita dapat jumpa semula, kalau ada Bahrin dengan Enal ni, lengkap la kita geng Lorong Setia..
sehat tul badan ko Nuar, cam belon.. (eleh mengata orang, tengok la badan sendiri tuuu).. hehe.. seronok bila jumpa mcm ni, lagi2 bila ada Ajim, macam2 cerita lama keluar.. dari bab memasak, ketuk syiling, basikal, kekasih lama, selempat, dan mcm2 lagi laa..
TABAH YER TOK !!..
tak tahu Atok dapat semangat dari mana, kami doa kau cepat sembuh Tok, pasni leh gi ngajar lagi.. anak2 murid ko mesti dah rindu tu.. kami kawan2 sentiasa bagi sokongan..
jangan ko ulang ayat "sapa la nak kat aku ni lagi, dah takde kaki" ni Tok.. pasti ada solehah menanti, ko tunggu saat manis tu tiba k, lagi pun yg hilang kaki, yang tu kan maseh boleh beroperasi, hehe..
Firman Allah dalam surah Al-Insan ayat 12 yg bermaksud: "Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera"
No comments:
Post a Comment