Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 22, 2010

pembuangan bayi; manifestasi pergaulan bebas...



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Abidin Kuala Terengganu, Terengganu

    suara Khatib yg baca khutbah tadi memang sangat best.. ditambah plak dgn persembahan Khutbah Multimedia yg menarik.. rasanya masjid2 kat Johor dan Melaka kena tiru apa yg qariah Terengganu buat, kreatif dan hebat..

    hari ni mimbar sentuh pasal "pembuangan bayi; manifestasi pergaulan bebas dan lemahnya pegangan agama".. panjang betul tajuknya.. ap benda manifestasi ni? agaknya mimbar nak bagi tahu yg pembuangan bayi lah hasilnya bila berlakunya pergaulan bebas ni...



    memang terkejut bila JPN bg tahu, tahun 2009, 17303 bayi didaftarkan sebagai anak luar nikah.. tu tak termasuk yg dibuang lagi.. maha dahsyat sekarang ni.. sebab tu dari zaman tadika PASTI lagi, anak2 dah didedahkan dengan "Jangan Hampiri Zina"..

    mula dengan berSMS nak kenal2.. bila dah kenal konon nak belajar sama2.. "belajar tahi kucing" kalau duduk berdua2 jer.. pastu mula kuar makan, jalan kat taman, pegang tangan dan akhirnya ding dong.. dah mengandung..



    buat semua terutamanya mereka yg pernah menjadi student2 ust.. jauhialah diri dari perkara2 yg disebut sebagai ZINA.. kita dah tahu dan faham hukum dan balasan, sekarang masanya utk kita praktikkan dalam kehidupan.. jadilah anak2 lelaki yg baik dan anak2 perempuan yg baik yer !!..

    sekali lagi ust nukilkan.. janji ALLah dalam surah an-Nur ayat 26 yg bermaksud: "(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik"...

    tak tahu lah gambar2 baby kat dlm post ni ada kaitan tak ngan tajuknya.. tp suka sangat gambar2 tu, sbb comel kan... hehe

      3 comments:

      DARUL NAIM TRAVEL AND TOUR'S SDN.BHD said...

      salam

      bila nie azie nak dapat anak sedara.. hehehe

      mohd tony saidi said...

      insyaALLah tahun depan.. doakan semuan selamat yer zie..

      DARUL NAIM TRAVEL AND TOUR'S SDN.BHD said...

      insyaallah... mudahan2 semuanya selamat...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...