Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 29, 2010

sayangi warga tua..



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Tanjung Bidara, Melaka..



    AlhamduliLLah.. hari ni sekali lagi dapat sama2 kita berjumpa di bingkisan khutbah, & minggu ni mimbar bercerita tentang satu topik yang dianggap menarik utk generasi muda macam kita ni, iaitu "sayangi warga tua"..

    warga tua yg paling rapat dengan kita pastinya nenek & datuk, emak & ayah... sebagai seorang anak, WAJIB hukumnya kita mentaati kedua ibu bapa selagi perintahnya tak bercanggah dengan syariat..

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim



    di hujung2 usia mcm atok kat atas ni, pastinya perhatian dari anak2 dan cucu sentiasa didambakan, lebih2 lagi kalau dia orang ni hidup sendirian... kalau tak dapat jenguk selalu pun, selalu2 kan lah telefon mereka, melepas rindu sambil bertanya khabar berita...

    Firman Allah maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (An-Nisa:36)

    sebelum berpisah, mimbar ada ingatkan satu pesanan untuk warga tua.. dua amalan yang perlu warga tua lakukan di usia emas ni..

    pertama: SELAU INGAT MATI.. bila selalu ingat mati, baru kita boleh jadi orang KAYA !! nak kaya tak ?? Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”

    ke-dua: SEGERA BERTAUBAT.. taubat kena betul2.. menangisi dosa2 yg dilakukan masa usia muda dulu.. mcm tokoh negarawan kat bawah ni.. waLLahua3lam...

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...