Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 14, 2009

Bonda Akmal Hakim kembali ke RahmatuLLah

    BismiLLah..
    setiap yang hidup pastinya akan mati, seperti mana yg difirmankan oleh ALLah dalam surah al-anbiya' ayat 35 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berJiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"..

    IBU AKMAL HAKIM MENINGGAL 13/02/09..
    buat makluman kawan2, ibu kepada Akmal Hakim (Presiden Permai 04/05) telah kembali ke RahmatuLLah pada waktu jemaah menunaikan solat Jumaat semalam. Takziah buat Akmal dan keluarga.. malam tu kami (termasuk Sahrin, Ijam, Zihan, Hazwan dan Bern) sempat juga meluangkan masa menziarah keluarga Akmal di Muar.. Semoga ruh al-Marhumah diletakkan bersama2 para anbiya'..

    IBU AISYAH ZAINAL ABIDN MENINGGAL 14/02/09.
    dan pagi tadi dapat mesej bagi tahu yang ibu kepada Aisyah ibu juga telah kembali ke RahmatuLLah.. sama2 lah kita berdoa agar ruh2 mereka damai dan aman diletakkan bersama orang2 yang soleh..

    ALLah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan".

    JUMPA KAWAN2..
    lepas kami beredar dari rumah Akmal semalam, Zihan belanja makan, bukan senang nak jumpa macam ni, semoga ukhwah kita yang terbina ni kekal abadi selamanya.. rindu ngan suasana Jordan mcm dulu2...

    Zihan belanja kami makan..

    Ijam dan Bern yg semakin matang..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...