hari ni bertambah la lagi warga maktab sbb budak2 ting 1 dan 4 mendaftar diri pagi tadi.. tapi pendaftaran kali ni berbeza, agak meriah dgn pelbagai aktiviti. semenjak berada kat Terendak ni, rasanya ni la kali pertama hari pendaftaran pelajar dibuat agak grand..
KUTIP DUIT.
kali ni merupakan kali terakhir kutip duit yuran MUAFAKAT pelajar, sbb tahun ni merupakan tahun terakhir pegang jawatan bendahari MUAFAKAT, nak bagi peluang kat cikgu2 lain plak rasa jadi bendahari dan kutip duit ni..
sebenarnya mudah jer nak kutip duit ni, tp ada ketikanya kita terasa lain macam jer pungut duit ni. paling tak tahan bila lihat air muka mak ayah yg mengira duit kat dlm beg masa nak bayar tu, pengharapan yg begitu besar pada pihak sekolah dan anak2 utk mendambakan satu kejayaan.. tapi ni la tanggungjawab sebagai ibu bapa, memberi pendidikan yg terbaik utk anak2..
MEJA JUALAN..
disamping sibuk mendaftarkan anak2, mak ayah juga berpeluang utk membeli mcm2 makanan dan juadah kat gerai2 jualan homeroom tingkatan 3, mmg hapening la.. budak2 yg jadi mcm salesman pun ada, walhal dia orang ni jual biskut jer.. hehe...
DISAMBUT DGN LAMBAIAN SELAMAT DATANG..
dan paling istimewa pendaftaran kali ni, setiap keluarga yg datang akan disambut dgn lambaian daripada adik2 tingkatan 2 ni. kalau nak tahu, budak2 ni la sukarelawan yg tolong angkut beg2 besar student2 baru.. pesanan buat korang, buat kerja tu biar ikhlas ok..
Dari Abu Hurairah R.A berkata, RasuluLLah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mlihat kepada jasmani kamu, akan tetapi melihat hati-hati kalian" - dan baginda menunjuk ke dadanya.. (riwayat Muslim)...
No comments:
Post a Comment