Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 27, 2009

sms pertanyaan

    BismiLLah..
    dari awal puasa Sabtu lepas sampailah hari ni ada terima beberapa sms pertanyaan, dan kita kongsikan di sini untuk panduan bersama:

    SMS ke-1;
    askum, zan, kawe nak tnye mu, klau kwe cmpur dgn istri kwe mlm td, pastu kwe lewat'n mndi junub smpi wkt sbuh, pas sbuh bru kwe mndi , mcm mane pose kwe, sah dok. - tlg jwb ust tony
    sms kiriman: foward from Fahzan Jaya

    jawapan: SAH PUASANYA
    Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas.

    Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)

    Katanya lagi:"Ada hadis sahihain (Bukhari & Muslim) yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub dari jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa."
    _______________________

    SMS ke-2;
    assalamualaikum ustaz tony, maaf mengganggu, sy ex tdk f5 thn lepas.sy ada 1 soalan ni klau malaikat dr nur, syaitan drp api n manusia drp tanah. Jin pula drp apa ustaz?
    sms kiriman: nurul asykin bt abu samah

    Jawapan: DARIPADA API
    Firman ALLah dalam surah al-Hijr ayat 26-27 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."
    _______________________

    SMS ke-3;
    Ust. sy nak tanya skit, suami isteri klu sentuh batal wuduk tak?
    sms kiriman: jejaka henchem (ye jer henchem.. )

    jawapan : BATAL
    menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termasuk suami dan isteri) memBATALkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

    Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
    Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
    _______________________

    SMS ke-4;
    Ust, nk tny leh? klu kte amik gas lelah, batal lah kn puasa?
    Ust.. klu kt lelah.. then kt gi amik gas kat hospital, batal puasa tak?
    sms kiriman: jejaka henchem dan aweknya

    Jawapan: BATAL. --> KLIK COMMENT UTK FATWA TERBARU
    pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu penyembur gas utk pesakit lelah. Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas.

    selain itu, hampir 90% darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia memBATALkan puasa.

    keadaan ini sama dengan pengambilan gas lelah jenis hidu melalui hidung, ia juga memBATALkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala.


    KLIK COMMENTS UTK FATWA BARU HUKUM PENYEMBUR GAS PESAKIT LELAH

    rujukan: Majalai I - Ogos 2009 / Zaharuddin.net / soaljawabpuasa.co.cc / AliasNaim

      10 comments:

      zamrie said...

      ada pembetulan sedikit inhaler ada tidak membatalkan puasa. kerana ianya merupakan keperluan bg pesakit asma sekiranya mereka memakainya maka mudharat lebih besar. boleh check balik dengan fatwa yang baru yea. tq

      Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd â€کUqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut

      Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

      Menggunakan penyedut untuk mengurangkakn asma pada siang hari di bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa kerana ia adalah gas yang ditekan dan disembur ke dalam dada. Ia bukan merupakan makanan serta sangat diperlukan samada pada bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan lain. (Fatawa al=Da`wah, Ibn Baz : 979)

      "Penyedut ini meruwap dan tidak masuk hingga ke perut. Tidak salah jika kamu menggunakannya sewaktu berpuasa dan ia tidak membatalkan puasa kamu." (Fatawa Arkan al-Islam, ms : 475

      "Ubat Asma yang digunakan pesakit dengan cara menyedutnya sampai ke dada melalui saluran tekakk, tidakk masuk ke dalam perut dan ia bukanlah makanan atau minuman. Jadi, puasa tidak terbatal kerana itu. (Fatawa Islamiyyah, jilid 1, ms: 130)

      itu sahaja yang ana dapat simpulkan.. perkongsian ilmu..

      Anonymous said...

      sy pening la ust. mne satu nk ikut ni??

      Tony Saidi said...

      boleh ikut fatwa yang baru..

      berikut adalah jawapan panel al-ahkam online berkaitan persoalan hukum penyembur gas lelah ketika puasa:..

      Soalan: Ustaz,saya seorang yang mengidap penyakit lelah dan menggunakan sejenis ubat berbentuk gas yang diletakkan pada bibir saya dan menyedut gas yang dikeluaran untuk melegakan rasa lelah yang saya alami. Kemuskilan saya ustaz, adakah batal puasa saya jika saya mengunakan rawatan tersebut ketika saya sedang berpuasa?. Sekian harap maklum.
      kiriman: halimah bt yusof


      Jawab

      Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

      Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan

      Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..

      Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

      RuGGers |8| said...

      salam alaik..wah2ade zaharudin.net no 2 ni..anyway,pe khabar ustaz?? nice layout..pasni senag ade kemusykilan..salam ramadhan..n_n ~Rudy~

      Tony Saidi said...

      salam rudy..
      takda la sampai ke tahap mcm ust zaharuddin.. ust pun banyak rujuk kat zaharuddin.net gak..
      ni kongsi soalan2 yg ust terima jer..
      selamat berpose..
      ust link kan awk nya blog kat aspirasiku..

      Dzuu Haniin said...

      Salam..br ni kami pelajar perubatan ada buat diskusi psl ibadah pesakit.merujuk pada ulama kontemporari, perkara yg membatalkan puasa lihat pada 'ilat dia.mana2 yg memberi nutrisi dan zat dikira membatalkan puasa..macam mana pndgn ust?

      Tony Saidi said...

      salam..
      sungguh baik berdiskusi.

      ust ada baca artikel lama Ust Zaharuddin yang telah diupdate pd 25-08-2009 mengenai masaalah2 dalam ibadah puasa.. klik http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/

      di situ ada diterangkan mengenai memberi nutrisi dan zat kepada orang yang berpuasa.

      RuGGers |8| said...

      salam alaik..ustaz,lari topik jap..sy mmg lme berhajat utk nk wat slot dgn student f5..main point is to expose to them what i've gone through after 3 years kuar mktb..(cmne nk decide course,plih path y tol and etc.)mmg GMG hr tu ade slot nie tp feedback dr bdk2 y sy tny still kureng..sy ade request dr kaunselor since last 6month tp die mcm pndg selekeh je..bkn bnyk pn sy mnx..slot je pn..mkn minum xd pn..ap lg tmpt tdo..mklum r,sy student lg kan..i'm nobody YET..nk xnk je tlg..material utk prog ni dh almost setahun dh sy siapkan tp still xpdt peluang..juz nk bertny kot2 ustaz blh bantu..??he3

      Tony Saidi said...

      salm rudy..
      bagus sangat apa yg awk nak sumbangkan kpd budak2 nie..
      ust sokong penuh, ust pun tak mmpu nak wat cam tuh..

      tp rudy, ada beberapa masaalah skt klu nak buat time nie..
      1. budak2 tgh sebuk trial.
      2. lepas raya dah masuk mastery
      3. setiap hujung minggu ada kelas mate n sains

      tp ust boleh bincang dulu ngan bdk2 ni.
      klu diaorang ada masa ust akan maklumkan pd awak yer.

      RuGGers |8| said...

      thankz ustaz!it the effort that count..even kecewa dgn ansara n kaunselor ms GMG hr tu,still i'm hoping that i'll be able to deliver it to my junior..otherwise it will be such a waste since everything is prepared.. n_n

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...