pihak sekolah lantik diri yang serba kekurangan ni untuk menjadi guru panitia persatuan, terima jer lah, lagi pun pengalaman berpersatuan ni ada.. cuma nak sesuaikan dengan suasana sekolah tahfiz ni agak susah sikit juga sbb pelajar kat sini tak pernah ada pengalaman mengendalikan persatuan... sebelum ni ada persatuan pelajar, tapi cuma sekadar nama jer lah.. takpa lah, selagi mampu bantuan tetap akan diberikan....
Ketua Pelajar, Penolong Ketua Pelajar, Setiausaha Agung dan semua ketua2 biro pihak guru yang pilih.. kalau nak suruh budak2 yang pilih sendiri. punah la jawabnya persatuan. biasalah, budak2 ni suka kenakan kawan sendiri.. bukannya pikir sangat kawan dia tu boleh buat kerja ker tidak....
sebagai ketua ataupun pemimpin, kita kena tunjukkan tauladan yang baik pada orang yang dipimpin, betul tak? lagi pun kita ni semua kan pemimpin, setidak-tidaknya amanah dalam memimpin diri sendiri....
dari Ibnu 'Umar r.a. dari Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah! Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin), dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepimpinanmu). Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin di atas kekayaan majikannnya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya" (hadis riwayat Bukhari Muslim).
bagi kawan2 yang nak sumbangkan idea mahupun cadangan untuk memantapkan lagi Persatuan Pelajar Darul Tuba ni, amatlah dialu2kan... hantarkan menerusi email ataupun terus ke hotlink 012-7871945...
No comments:
Post a Comment