Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 14, 2006

bern datang

    tadi bern datang rumah, kebetulan ada kat kampung sbb masih lagi bercuti... dia tengah cari orang untuk ganti dia mengajar kursus Bahasa Inggeris di Maktab PDRM Bakri Muar malam ni, ini semua sbb Bern dah dapat kerja kat Kolet YPJ di Johor Bahru bermula Isnin ni...

    pergi rumah Aminurashid, ingatkan dia belum dapat kerja, rupanya dah dapat JQAF mengajar di Parit Raja... lepas tu teringat pada kakak si Ramdi, Alhamdulillah dia belum bekerja dan setuju nak ganti Bern mengajar malam ni.. Bern pun satu, dah last2 minit baru nak cari pengganti, tapi bukan salah Bern jugak, sbb Kolej tmpt kerja baru dia tu lambat bagi makluman...

    apa2 pun, tahniah la Bern, sbb skrg dah kerja sebagai Pensyarah Pengajian Islam, amat kagum... Tahniah jugak pada kawan2 lain yang dah mula bekerja.. Hazwan sebagai guru dan warden di Sek Men Ag Kesang Tasik, Muar.. Akmal sebagai guru di Sek Men Ag Tanwiriyah, Pt Jawa... Helmi sebagai Pengurus Sykt di Selangor (ni tak tahu betul ke tak, sbb tanya kat Helmi dia tanak mengaku)... Zamri sebagai guru di Sek Men Ag Pt Sulong... Ijam dan Sahrin sebagai guru dan warden di Sek Men Ag Bandar Tenggara...


    Bern bergaya dihadapan leptop ku... sibuk bermesej dengan Kak Asmah yg menggantinya mengajar mlm ni poyo sungguh bergambar sbb di katil yang agak berselerak
    tak melepaskan peluang utk bergambar dengan seorang pensyarah, he3.. Bern dah nak bergerak ke Maktab PDRM utk memantau Kak Asmah yang menggantinya... di hadapan rumah kat tahfiz Al-Quran Darul Tuba...

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...