saja2 nak main, bukan lawan betul2 pun, tapi budak2 ni bersungguh2 main.. bersemangat waja.. tapi pasukan bola Tahfiz Al-Quran Darul Tuba pulang hampa setelah tewas 7-1... haha padan muka budak2 ni, suruh berlatih betul2 hari tu tanak... jangan nak salahkan ustaznya pulak yer, ustaznya ni memang tak reti main bola, hehehe....
malam tu saja bagi semangat balik kat budak2, kalah menang adat permainan, mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.. mungkin kalau kita menang, kita akan riya', sombong dan cakap besar, jadi kekalahan adalah penghalang daripada semua tu berlaku, Allah tanak budak2 tahfiz ada sikap macam tu... terus budak2 ni insaf bila dengar ustaz dia orang ni cakap...
tapi kami pihak sekolah sentiasa mengharap sokongan daripada mana2 pihak yang ingin memberikan tunjuk ajar tentang sukan untuk pelajar2 di sini.. dan kalau ada pasukan2 bola yang ingin dan berani untuk berlawan dgn skuad bola kami, silakan.. kalah menang belakang cerita, yang penting semangat kesukanan perlu ada....
No comments:
Post a Comment