Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 12, 2006

Korban (2)

    hari kedua Raya Korban.. hari ni penduduk kampung bergotong royong kat Mesjid untuk menumbangkan 6 ekor lembu... seronok juga bila dapat berkumpul bekerjasama dengan masyarakat kampung yang meriah ni..

    kali ni ketua kampung yang bersuara suruh timbang daging... tak kisah lah, lagi pun semalam dah dapat pengalaman timbang daging, kalau semalam sebungkus sekilo, kali ni sebungkus 2 kilo.... lembu banyak la katakan..

    bila dah mula menimbang, (rasanya dah dapat 50 bungkus), ketua kampung memberi arahan baru, sebungkus sekilo setengah jer, sbb kalau 2 kilo akan ada rumah yang tak dapat, daging2 lembu ni nak diagihkan kepada setiap rumah di kampung ni.. terpaksalah menimbang semula, sepatutnya ketua kampung kenalah membuat kira2 dari awal tadi kan... (adakah ini dikira manohmah ketua kampung sendiri?).. tak baik sungguh...

    alhamdulillah, semua kerja dah clear, cuma kulit lembu jer takda orang nak ambik. ada sapa2 yang nak? kalau nak, sila lah gali semula sebab kulit tu Tok Imam dah suruh tanam, hehehe... inilah raya.

    seekor lembu yang dah disembelih... kerja2 penyembelihan sedang dijalankan... kulit lembu sedang disiat, orang yg betul2 pakar je boleh buat kerja ni..
    sedang menimbang daging.. yg pakai songkok kat sebelah tu lah ketua kampung.. proses penimbangan semula sedang berlaku.. ni kan kepala lembu, sampai licin pakcik ni kerjakan..

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...