Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, January 02, 2006

guru di TADT

    "Tony, enta boleh tolong kami untuk mengajar sementara di sini?".... bila soalan ni keluar dari mulut pengetua Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), tak tahu nak jawab apa...

    nak kata tak boleh sbb banyak kerja, memang tak lojik, sbb belum kerja pun, takda alasan untuk menolak tawaran ni.. bila mintak pandangan ayah dan mak, dorongan makin diberikan, akhirnya terima gak tawaran dari Darul Tuba..

    Jawatan sebagai Guru Tasmi' Al-Quran dan warden.. memang mencabar sungguh, kalau diikutkan betul, memang tak layak sbb bukannya diri ni al-hafiz, walau macam manapun, bila orang dah mintak tolong, selagi mampu akan cuba gak membantu...

    seronok jugak bila bercampur dengan budak2 tahfiz ni, nak kata semua betul2 baik tak juga, nakal memang ada lah tapi tak sampai tahap jahat pun, biasalah budak2... umurpun dalam lingkungan umur 10-19 tahun jer..

    sebagai seorang warden, pengetua bagi peranan agar menjadi guru yang mudah didekati pelajar, biar budak2 suka dan senang nak berurusan juga meluahkan sesuatu perkara... pengetua kata lagi, kat sesebuah sekolah, guru yang pelajar suka kena ada, dan guru yang garang dan ditakuti oleh pelajar pun kena ada, nasib baik dapat peranan yang boleh dijiwai dengan baik... agak2 lah, budak2 ni boleh suka tak? hehehe......

    (sebenarnya dah start bertugas 2 minggu yg lalu.. hahaha, saja nak rahsia la konon..)...


    "bersama pelajar2 darul Tuba"


    "antara pelajar2 yg menghafaz di Darul Tuba"

      1 comment:

      Nur Smile said...

      assalamualaikum...
      sungguh Cantik lelaman ini..& kata2 nya sungguh menyentuh dan bernas...
      Semoga Lelaman anda dapat memberi kean pada setiap pembaca... amiin...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...