sebelum gotong royong start, pengetua dan ustazah ada bagi taklimat dan pesanan sikit, pesanan yang paling penting adalah tentang naik cuti, sbb sblm ni dah jadi habit pelajar2 kat sini naik sekolah lambat (buat cuti tambahan), sesuka diaorang jer...
tapi tak boleh nak salahkan diaorang seratus peratus jugak, kalau dia orang datang tapi guru takda lagi buat apa.. pengetua kata lagi, sekarang dah ada ustaz baru (hahaha.. Utz Tony lah tu), InsyaAllah kelas akan terus mula bila naik nanti..
senang betul jadi ustaz ni rupanya, time gotong royong, kita tinggal bagi arahan jer, budak2 tu ikhlas ke tak ikhlas, kena buat jugak, hahaha.. padan muka korang.. tapi dulu masa zaman kita sekolah pun penah kena jugak kan, jadi membalas pada anak murid sendiri, hahaha... puas rasanya... tapi sikap macam ni tak elok kan, hati kotor ni Tony....
petikan hadis keenam dari kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi yang bermaksud:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : ...... dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "
"abang2 hafiz khusyuk dengar taklimat"
"ngan adik2 yg comel.. hehe"
No comments:
Post a Comment