dan Alhamdulillah ustaz2 yang nak ganti pun dah sampai, ustaz baru yang datang seramai 2 orang, sorang baru balik dari Mesir dan ada sanad menngaji al-Quran, dan yang sorang lagi memang al-hafiz, pernah belajar di Sirya dan juga Mesir.. bagus lah, sbb ustaz2 yang ganti ilmunya lebih tinggi dan hafalan al-Quran adalah bidang pengkhususan mereka...
budak2 ni tak kasi berhenti, dia orang suruh terus kat sini jer... memang tak berhenti, cuma nak pindah jer.. sebabnya hati ini sudah bertekad, tak akan berhenti untuk terus membantu sekolah tahfiz ni walaupun sudah tidak berada di sini lagi...insyaAllah...
jangkanya pagi Rabu depan akan mula untuk meninggalkan sekolah ni, dalam masa dua tiga hari ni pengetua suruh tunjuk dan beri gambaran tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh guru2 yang baru bertugas menggantikan diri yang serba kekurangan ni...
titipan buat adik2ku di sekolah tahfiz...
jangan kau kenal erti putus asa
dalam meniti perjuangan yang jauh destinasinya
teruskan usaha untuk berjaya
agar di dunia dan akhirat kekal bahagia
doakanlah pemergian diriku ini
untuk meneruskan perjuangan di jalan Ilahi
namun memori kan kekal abadi
terus terpatri di dalam hati
semoga ukhwah yang kita bina
akan terus kekal abadi selamanya... amin...
Ustaz Mohd Tony Bin Saidi
memori di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Disember 2005 - Januari 2006...
No comments:
Post a Comment