bermula dari hari ni sampailah Jumaat nanti, kami kontinjen MARA Melaka akan berada di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor untuk sertai pelbagai acara dalam SUKMA (Sukan MARA seMalaysia) 2009..
tahun ni merupakan tahun pertama menyertai SUKMA, mula2 tu nak masuk sukan lain, tp tak lepas masa pemilihan.. nasib baik lah terpilih untuk sukan Petanque.. ramai sebenarnya tak tahu apa benda permainan Petanque ni..
Petanque ni adalah sukan yg agak baru kat negara ni.. ianya lebih kurang sama macam main guli, cuma petanqu ni bola kita kena lontar ke sasaran yg ditetapkan.. sapa nak lebih tahu pasal Petanque ni, sila klik sini.
ada orang kata main Petanque ni permainan untuk OKU (orang kurang upaya), sedap2 jer korang cakap mcm tu, nak tahu upaya ke tak, meh la kita main dulu.. sukan ni mencabar minda dan fizikal sebenarnya, hanya jauhari yang kenal manikam..
tapi sayangnya, pasukan Melaka kalah dalam pusingan pertama, ramai lagi otai2 lama yg lebih hebat.. takpa lah, kita cuba lagi lain kali.. bila dah kalah ni, malas dah nak tunggu sampai majlis penutup, rasa macam nak cabut utk berpoya2 ker JB jer..
kalah pun takpa, daripada tak terpilih langsung,
2 comments:
masa gi maktab nampak padang lapang tepi wisma pelajar. Ingatkan utk apa, rupanya tempat main pentaque ye...
mmm.. tu la gelanggang petanque..
tp gelanggang dah naik rumput.. hehe
Post a Comment