Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 12, 2009

sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pula...



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Jame' Kampung Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat Johor..

    Minggu ni mimbar Jumaat menyentuh sekali lagi pasal isu dalam rumahtangga, dan kali ni perkara yang disentuh adalah berkaitan perceraian.. Dalam rumahtangga perlunya ada kasih sayang, tolak ansur dan kerjasama daripada kedua-dua pihak, perkara ni bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pergolakkan dalam rumahtangga tersebut..

    Pak imam ada juga menyebut, bahawa perceraian boleh berlaku akibat 3 perkara utama, sebenarnya banyak jer pun puncanya, tapi ni yang utama..

    1: kurang nya persediaan untuk menjadi suami isteri.. sbb tu la skrg ni ada kursus kahwin,
    bila la agaknya aku nak amik kursus ni?

    2. jahil dan tidak tahu tentang hukum hakam rumahtangga.. kalau suami sembahyang pun asyik tertinggal jer, mcm mana nak didik anak bini, mcm tu la perumpamaannya..

    3. terpengaruh dengan kehidupan mewah dunia...

    mana la tak terpengaruh,
    masyarakat hari ni yang dijadikan idola bukannya nabi ataupun ulama.. tapi artis, betul tak?.. mana jer artis yang tak bercerai berai kat Malaysia ni?.. baru2 ni kes Ust Akhil Khai, sebelum tu Norman dan Abby, sebelum tu Ajai dan Nurul.. sebelum tu banyak lagi, dan yg pasti lepas ni akan ada lagi.. kita tunggu jer laa..

    percayalah, tiada rumahtangga yg sentiasa aman tampa perselisihan.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. tapi kita perlu bijak memikirkan cara pergaulan yg terbaik kepada isteri dan kepada suami.. Firman Allah Ta‘ala,
    "Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik." (An-Nisa': 19).

    nak tahu lebih lanjut pasal etika suami isteri,
    klik sini

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...