hari ni merupakan ulangtahun kelahiran ALLahyarhamah Marini Abd Aziz atau dulu kami lebih mesra panggil arwah dengan nama "Mar"..
Entah kenapa susah sangat nak menulis tentang memori bersama Mar, mungkin sebabnya adalah kerana memori ni tak leh nak digambarkan agaknya.. mmm, sapa yg kenal arwah, pastinya tahu bagaimana sikapnya yg tegas tu dan pandangannya selalu didengar dgn baik...
Masa kat IKIP dulu, kami dan Mar merupakan barisan kepimpinan PMIY (Persatuan Mahasiswa IKIP Yarmouk).. dan satu ketika tu, kami geng2 nakal ni gelar Mar "rafidah aziz" iaitu seorang wanita yg pernah lantang bersuara dalam parlimen satu ketika dulu.. jahat kan kita orang..
walaupun mcm tu, Mar senang didekati dan kadang2 tu melawak jugak dgn kami.. wat ever pun, ukhwah indah ni pastinya akan kekal terpahat dalam memori kami selamanya.. skrg dah takde lagi kiriman sms "hepi besday" untuk arwah Mar..
tp mulai kini, mari kita kirimkan untuk Allahyarhamah Mar "al-Fatehah"
No comments:
Post a Comment